22 September 2010

Terbelakah Nasib Syafiah Humaira

Tadi tengok berita, pembunuh arwah Syafiah Humaira dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Sila baca Berita Harian Online. Ahli keluarga tertuduh menangis kesedihan setelah mendengar hakim menjatuhkan hukuman. Sedihkan bila lihat insiden sebegitu, tapi lebih menyedihkan melihat mayat Arwah yang dibunuh dengan kejam. Arwah masa tu baru berumur 3 tahun. Yang buat saya merasa tidak puas hati ialah tiada tindakan yang diambil ke atas ibunya iaitu Siti Nurhanim Aziz. Ibu yang membiarkan anaknya diperlakukan begitu oleh teman lelakinya. Suami masih dipenjara tapi ada teman lelaki. Tindakan patut di ambil ke atasnya kerana gagal dan cuai menjaga anaknya. Mungkin bukan dia yang membunuh, tapi sebagai ibu tanggungjawab menjaga kebajikan anak itu terletak pada bahunya. Takkan la tak nampak kesan deraan seperti lebam, kesan cucuh okok! Anak kita kena gigit nyamuk pun kita boleh nampak inikan kesan lebam.

Mind boggling: 
Kenapa sesetengah wanita mementingkan lelaki lebih dari anaknya? sedangkan anak itu yang dikandung selama 9 bulan!  Wanita sanggup buat apa saja untuk lelaki. Kenapa? Adakah wanita itu merasakan tanpa lelaki hidupnya akan musnah, tiada tempat hendak mengadu dan hanya lelaki itu dapat memberikan dia kebahagian hidup. Wanita jenis macam ini harus ditampar diberi kesedaran. 
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Siti Nurhanim berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ketika ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh, Siti Nurhanim berkata: “Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya.”
Source: TheStar
Dear Datuk Seri, do not waste your time and government's money helping this woman, she clearly is as guilty as her child's murderer. Please use the money to set up a campaign in taking action against her.


Biar saya refresh kan balik kepada pengataan dia selepas mendapati anaknya mati

Source: Kosmo Online


Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan. “Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

I feel like slapping her Masih ingat lagi dia menangis kesedihan melihat mayat anaknya!  Sekarang dia menangis kesedihan apabila mendengar teman lelaki yang masih dicintainya gelinya dijatuhkan hukum gantung sampai mati. Mungkin dia sudah lupa anaknya dibunuh dengan kejam. Semoga dia sedar atas kebodohan kesilapannya itu dah semoga nasib anak-anaknya yang lain terbela. Mungkin anak-anaknya yang lain tidak patut dijaganya..nampak sangat dia masih tidak INSAF dan ibu yang "unfit" untuk menjaga anak-anaknya. 


*****Siti Nurhanim Aziz semasa memberi keterangan (under oath) telah pun mengaku berzina sehingga melahirkan seorang anak. Sila baca MMail. Rasanya sehingga kini tiada pendakwaan jenayah syariah di ambil ke atasnya. Kenapa sampai sekarang masih tiada tindakan syariah yang diambil keatasnya.

No comments: