16 October 2010

Taska : Antara yang berlesen dan tidak berlesen

Semenjak dua menjak ni ada saja berita mengenai kematian bayi/kanak-kanak semasa di bawah jagaan pengasuh /taska. Terbaru sekali ialah semalam seorang bayi lima bulan Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz meninggal dunia akibat jatuh. (jatuh dari apa? katil? kerusi tidak pulak dinyatakan). Tapi yang paling mengejutkan ialah pengasuh ini menjaga 4 orang kanak kanak lain dan juga anaknya sendiri iaitu seramai 4 orang. Do the maths : 4+4 = 8 kanak kanak di dalam sebuah pangsapuri yang kecil dan seorang pengasuh!

Beberapa bulan dulu 2 bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz baru berumur 3 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Putrajaya. 

Yang paling mengejutkan ialah terdapat beribu ribu taska/nursery yang tidak mempunyai lesen (berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat). Kebanyakannya beroperasi tanpa lesen. Kenapa tanpa lesen? Sebab kemungkinan tuan punya taska itu tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh JKM. Salah satu peraturan yang ditetapkan ialah taska dan tadika tidak boleh disatukan dibawah satu premis. Nisbah pengasuh dah kanak-kanak adalah rendah. Boleh ke seorang pengasuh menjaga 8 orang kanak kanak yang terdiri dari bayi, kanak kanak kecil? Seorang ibu yang hendak menjaga 2-3 orang anak yang masih kecil pun susah, ni kan seorang pengasuh.

"Kita juga sudah mengeluarkan notis kepada 2,077 TASKA termasuk 63 TASKA di Putrajaya yang masih gagal mendaftar dengan jabatan ini dan mereka diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.

Bayangkan 2077 taska tidak berdaftar, menjalankan perniagaan tanpa lesen. Ini bukan kes menjual goreng pisang di tepi jalan tanpa lesen, ini melibatkan nyawa dan keselamatan kanak kanak. Tujuan kenapa taska memerlukan lesen ialah supaya pihak JKM boleh memantau taska tersebut dan juga sebagai "warning" kepada ibubapa supaya jangan menghantar anak mereka ke taska yang tidak mempunyai lesen. Tiada lesen bermakna mengusaha taska tidak mematuhi peraturan Akta Taska 1984. Kedua-dua taska dimana bayi telah meninggal dunia akibat tersedak susu telahpun disita oleh JKM.  

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

04 October 2010

Digoda atau tergoda

Macam macam cerita pasal perempuan mengoda suami orang, sehinggakan suami orang itu melupakan bini dan anak- anak. Ini bukan perkara baru, i also have few clients with "missing husband".. suami menghilangkan diri berbulan bulan tanpa khabar berita, tengok tengok duduk rumah bini baru. Kisah terbaru dalam Metro ialah "Cerita Joey hanya dusta". Suaminya telah mememberitahu orang bahawa dia telah menceraikan isterinya sedangkan dinafikan oleh isterinya. Lepas tu pulak dibawanya girlfriend  aka Watie Elite dan anak girlfriend  balik beraya ke kampung dan abandon isteri dan anaknya sendiri masa raya.  Watie Elite pula menafikan bahawa dia punca keretakan perkahwinan joey.
"Saya akui memang akrab dengan Joey dan jujurnya dia sudah bercerai dengan isterinya ketika itu. Mustahil untuk saya ganggu rumah tangga orang lain kerana saya sendiri mempunyai anak dan sentiasa sibuk dengan kerjaya saya. Jika betul saya ingin menghancurkan rumah tangga atau merampas suami orang, dari dulu lagi saya sudah lakukan bukannya sekarang dan tidaklah dengan Joey", penerangan Watie yang dipetik dari akhbar.

Apa maksudnya nak menghancurkan rumahtangga orang dari dulu lagi dah dibuat?  Tak paham *buat tak paham*...  Ish! Ish!

Sepatutnya wanita hormat wanita lain, hormatlah erti sebuah perkahwinan. Perkahwinan mana yang tiada masalah, jika orang lain masuk campur ketika pekahwinan dilanda masalah, itu bermakna orangitu dah menjadi orang ketiga. Biarlah suami isteri itu menyelesaikan masalahnya dahulu, jika tidak tunggulah sehingga lelaki itu menceraikan isterinya dengan procedur yang betul!

Kes macam ni memang dah lali, banyak sangat. Yang pelik kenapa masa kawin, kawin secara elok, jika nak cerai cerailah secara elok, jangan biarkan isteri bergantung tak bertali. Lebih lebih lagi kesian anak-anak yang jadi mangsa. Kenapa cepat sangat suami lupa janji yang dibuat pada isteri. Janji apa? Janji sehidup semati *mode exaggerate* dan janji cerai ta'liq laa..janji untuk memberi nafkah zahir dan batin bal bla bla..tak ingat? jika tak ingat sila pergi baca balik..tak tahu nak baca kat mana? sila tengok sijil nikah!