16 October 2010

Taska : Antara yang berlesen dan tidak berlesen

Semenjak dua menjak ni ada saja berita mengenai kematian bayi/kanak-kanak semasa di bawah jagaan pengasuh /taska. Terbaru sekali ialah semalam seorang bayi lima bulan Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz meninggal dunia akibat jatuh. (jatuh dari apa? katil? kerusi tidak pulak dinyatakan). Tapi yang paling mengejutkan ialah pengasuh ini menjaga 4 orang kanak kanak lain dan juga anaknya sendiri iaitu seramai 4 orang. Do the maths : 4+4 = 8 kanak kanak di dalam sebuah pangsapuri yang kecil dan seorang pengasuh!

Beberapa bulan dulu 2 bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz baru berumur 3 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Putrajaya. 

Yang paling mengejutkan ialah terdapat beribu ribu taska/nursery yang tidak mempunyai lesen (berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat). Kebanyakannya beroperasi tanpa lesen. Kenapa tanpa lesen? Sebab kemungkinan tuan punya taska itu tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh JKM. Salah satu peraturan yang ditetapkan ialah taska dan tadika tidak boleh disatukan dibawah satu premis. Nisbah pengasuh dah kanak-kanak adalah rendah. Boleh ke seorang pengasuh menjaga 8 orang kanak kanak yang terdiri dari bayi, kanak kanak kecil? Seorang ibu yang hendak menjaga 2-3 orang anak yang masih kecil pun susah, ni kan seorang pengasuh.

"Kita juga sudah mengeluarkan notis kepada 2,077 TASKA termasuk 63 TASKA di Putrajaya yang masih gagal mendaftar dengan jabatan ini dan mereka diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.

Bayangkan 2077 taska tidak berdaftar, menjalankan perniagaan tanpa lesen. Ini bukan kes menjual goreng pisang di tepi jalan tanpa lesen, ini melibatkan nyawa dan keselamatan kanak kanak. Tujuan kenapa taska memerlukan lesen ialah supaya pihak JKM boleh memantau taska tersebut dan juga sebagai "warning" kepada ibubapa supaya jangan menghantar anak mereka ke taska yang tidak mempunyai lesen. Tiada lesen bermakna mengusaha taska tidak mematuhi peraturan Akta Taska 1984. Kedua-dua taska dimana bayi telah meninggal dunia akibat tersedak susu telahpun disita oleh JKM.  

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

2 comments:

rina said...

last 2 years i still letak my kids kat babysitter. my son mmg dia dh jaga since adib 2mths. anak2 i (6yo + 1yo) + 4 anak dia sendiri (8yo + 7yo + 4yo + 2yo) + sorang lg baby. dia sorang jaga. dia baya i tau. dia jaga kira ok. tp still adalah sikit problem. biasalahkan. kemuncak segala kes, dia boleh tinggalkan anak2 i kt rumah dan dia pergi ambik adik dia somewhere. yg bestnya semua anak2 dia, dia bawak. pintu dan grill tak berkunci. anak i yg kecik tido dalam buai. tuhan nak tunjuk hari tu. i kurang sihat dan terbalik awal sikit. rupanya itu bkn 1st time anak2 i kena tinggal. malas nak ambik risiko... now anak2 i kat taska. tp tulah kat mana2 pun kalau nak jadi, jadi jgkkan. huhuhu.

Liza said...

dott, sorry to hear about the banner incident, sungguh kurang ajar...be patient my friend...*hugs*