Macam macam cerita pasal perempuan mengoda suami orang, sehinggakan suami orang itu melupakan bini dan anak- anak. Ini bukan perkara baru, i also have few clients with "missing husband".. suami menghilangkan diri berbulan bulan tanpa khabar berita, tengok tengok duduk rumah bini baru. Kisah terbaru dalam Metro ialah "Cerita Joey hanya dusta". Suaminya telah mememberitahu orang bahawa dia telah menceraikan isterinya sedangkan dinafikan oleh isterinya. Lepas tu pulak dibawanya girlfriend aka Watie Elite dan anak girlfriend balik beraya ke kampung dan abandon isteri dan anaknya sendiri masa raya. Watie Elite pula menafikan bahawa dia punca keretakan perkahwinan joey.
"Saya akui memang akrab dengan Joey dan jujurnya dia sudah bercerai dengan isterinya ketika itu. Mustahil untuk saya ganggu rumah tangga orang lain kerana saya sendiri mempunyai anak dan sentiasa sibuk dengan kerjaya saya. Jika betul saya ingin menghancurkan rumah tangga atau merampas suami orang, dari dulu lagi saya sudah lakukan bukannya sekarang dan tidaklah dengan Joey", penerangan Watie yang dipetik dari akhbar.
Apa maksudnya nak menghancurkan rumahtangga orang dari dulu lagi dah dibuat? Tak paham *buat tak paham*... Ish! Ish!
Sepatutnya wanita hormat wanita lain, hormatlah erti sebuah perkahwinan. Perkahwinan mana yang tiada masalah, jika orang lain masuk campur ketika pekahwinan dilanda masalah, itu bermakna orangitu dah menjadi orang ketiga. Biarlah suami isteri itu menyelesaikan masalahnya dahulu, jika tidak tunggulah sehingga lelaki itu menceraikan isterinya dengan procedur yang betul!
Kes macam ni memang dah lali, banyak sangat. Yang pelik kenapa masa kawin, kawin secara elok, jika nak cerai cerailah secara elok, jangan biarkan isteri bergantung tak bertali. Lebih lebih lagi kesian anak-anak yang jadi mangsa. Kenapa cepat sangat suami lupa janji yang dibuat pada isteri. Janji apa? Janji sehidup semati *mode exaggerate* dan janji cerai ta'liq laa..janji untuk memberi nafkah zahir dan batin bal bla bla..tak ingat? jika tak ingat sila pergi baca balik..tak tahu nak baca kat mana? sila tengok sijil nikah!
No comments:
Post a Comment